Pencinta Sains & Kreativiti Pantai Timur

Tuesday, March 23, 2010

AKTIVITI SAINS

PSKT menyediakan pelbagai program untuk para pengunjung. Program-program ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :
i)  Pra Sekolah/ Tabika
ii)  Sekolah Rendah
iii)  Sekolah Menengah  

i)  Pra Sekolah/ Tabika

Bagi kategori Pra Sekolah/ Tabika, PSKT menyediakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka seperti :

  a) Roket Straw



Melalui aktiviti ini pelajar akan didedahkan dengan asas pembinaan dan pelancaran sebuah roket. Pelajar akan diajar membuat roket straw dan menganggar jarak paling jauh roket dapat dilancarkan.

   b) Delta Kite

Aktiviti ini pula memberi peluang kepada pelajar untuk membina sebuah layang-layang ringkas dan mereka juga akan diajar cara-cara menerbangkannya.

   c) Straw Pipes
Aktiviti ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk membezakan kelangsingan bunyi yang terhasil daripada turus udara yang berbeza. Pelajar juga akan didedahkan dengan prinsip bunyi. 

ii) Sekolah Rendah
Bagi kategori Sekolah Rendah, pihak kami akan menyediakan aktiviti-aktiviti seperti:

   a) Segitiga Ajaib



Melalui aktiviti ini, pelajar akan diajar untuk membina sebuah segitiga, dan akan didedahkan dengan konsep keseimbangan graviti dengan mengajar pelajar untuk mencari titik keseimbangan graviti sebuah segitiga dengan menggunakan tali dan pemberat.

   b) Periskop





Melalui aktiviti ini, pelajar akan diajar untuk membuat sebuah periskop dan menggunakannya dengan betul. Pelajar akan diterangkan sifat-sifat cahaya melalui konsep pembinaan sebuah periskop.

Pelajar-pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil, dan setiap kumpulan terdiri daripada dua orang pelajar.

   c) Roket Straw
Aktiviti ini hanya dikhaskan kepada pelajar-pelajat tahap satu. Melalui aktiviti ini pelajar akan didedahkan dengan asas pembinaan dan pelancaran sebuah roket. Pelajar akan diajar membuat roket straw dan menganggar jarak paling jauh roket dapat dilancarkan.
             
iii)  Sekolah Menengah  
Bagi kategori ini, aktiviti-aktiviti yang kami sediakan adalah :

    a) Periskop


Melalui aktiviti ini, pelajar akan diajar untuk membuat sebuah periskop dan menggunakannya dengan betul. Pelajar akan diterangkan sifat-sifat cahaya melalui konsep pembinaan sebuah periskop.

Aktiviti ini disediakan hanyalah untuk pelajar menengah rendah.

Bagi setiap aktiviti sains, banyaran RM 1 akan dikenakan bagi setiap individu yang terlibat. 

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. asslm diucapkan kpd warga Pusat Sains & Kreativiti Terengganu...
    sy tlh bberapa kali mengunjungi pusat sains ini.. Facilities yg disediakan adalah baik dan ianya sedikit sebanyak dapat membantu proses pengenalan alam sains dan teknologi maklumat kpd pengunjung.. Cuma di sini sy ingin memberikan sedikit komen membina.. Bukan bertujuan utk memalukan tetapi utk penambahbaikan..

    1. Dome Tayangan Planetarium
    > kualiti tayangan adalah memuaskan.. kerusi yang selesa dan grafik yang menarik. cuma sy rs terkilan dgn pihak pengurusan terutamanya bhgian kaunter pembayaran tiket tayangan.. Ini kerana sy telah membeli tiket ttg cerita hidupan ikan di laut, tetapi malangnya pihak pengurusan telah menayangkan cerita yg lain pula.. apabila sy maklumkan kpd pjaga kaunter tiket, dia hny mengatakan "Oh kami silap pasang" tnpa meminta maaf n memberikan penjelasan yg spatutnya kpd kami.. di sini hak kami sbg pengguna diabaikan.. bagaimana sekiranya pelancong luar datang dan mendpt perkhidmatan yg sebegini? apakah agknya tggapan diorg ttg PST? sepatutnya pihak pengurusan menayangkan kembali cerita yg kami kehendaki.. oleh itu, pada pndgn sy, pihak pengurusan haruslah menitikberatkan kebajikan dan hak pgguna.. customer is always right.. ini telah mengecewakan bkn shj sy ttapi ank2 sy.. mereka beriya utk menonton cerita yg spatutnya mereka tonton.. selain itu, pihak pengurusan jg haruslah menilik cara penyampaian, komunikasi, penjaga kaunter terbabit.. mereka tidak sepatutnya lepas tgn n mengendahkan hak kami sbg pgguna.. kesulitan amat dikesali.. mohon maaf andai teguran sy ini memberi kesan kepada pihak pengurusan..ini bertujuan utk kebaikan semua.. sekian.. TQ

    ReplyDelete